KOTA KINABALU: Dua bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Mengucapkan takziah kepada keluarga Abdul Taib yang meninggal dunia awal pagi hari ini, kedua-dua pemimpin itu turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan amat besar bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga kepada Malaysia secara keseluruhannya.
Musa berkata sebagai pemimpin di negeri berjiran, hubungannya dengan Allahyarham Abdul Taib sangat erat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri untuk memajukan negeri Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata Abdul Taib ketika hayatnya mencurahkan tenaga dan buah fikiran terhadap pembangunan Sarawak dan memberikan sumbangan besar dalam usaha menyatupadukan rakyat berbilang suku kaum di Sarawak dan Malaysia.
"Pada hemat saya, Allahyarham Tun Pehin Sri merupakan seorang pemimpin sangat berpengalaman dan fokus untuk memajukan Sarawak," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata Abdul Taib yang pernah menjadi Menteri di peringkat Persekutuan, telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan di Sarawak serta Malaysia.
Beliau berkata Allahyarham berjaya memimpin dan menggembleng tenaga pemimpin rakyat Sarawak yang berbilang latar belakang untuk duduk bersama dalam satu kepimpinan demi memajukan negeri itu.
"Sumbangan Allahyarham cukup besar dalam pembangunan dan menyatukan rakyat. Semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat," katanya.
Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi tadi.
Pengurusan jenazah Allahyarham dilakukan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching untuk dikebumikan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Dua bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
SQ321: Ahli keluarga masih dalam kesakitan, tidak dapat lelapkan mata
"Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari," kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Ia bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT).
Pesara komando labur hampir ratusan ribu kumpul barang lama
Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Susah, senang perjalanan haji muslimah muda
Guru tadika, Noorfarhanah Ahmad Sukri menganggap kedatangannya ke Tanah Suci dan rezeki dapat menunaikan haji pada tahun ini adalah hadiah paling bermakna diberikan allahyarham bapa yang bersusah payah menabung dan menyimpan duit raya di akaun Tabung Haji dan membolehkannya bergelar haji muda pada usia 25 tahun.
Mara Corps teroka kerjasama dengan syarikat gergasi China
Melalui kerjasama ini, Mara Liner berhasrat menjadi peneraju dalam pembekalan bas EV termasuk jualan langsung dan pajakan untuk kegunaan awam dan kerajaan.
Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Warisan teruskan perjuangan VK Liew bantu rakyat di Batu Sapi - Shafie Apdal
Warisan bertekad meneruskan pejuangan mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong, yang juga Pengerusi Tetap parti itu, dalam membela nasib rakyat di kawasan tersebut.
Salleh sahkan mohon sertai semula UMNO
Bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mengesahkan beliau telah memohon untuk menyertai semula UMNO.
Kemelut dua Ketua Menteri Sabah 'berakhir'
Kemelut pentadbiran negeri Sabah yang berlarutan selama enam bulan akhirnya terjawab selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak kesemua saman Tan Sri Musa Aman yang menuntut jawatan itu.
Musa Aman pulang dalam masa terdekat - KPN
PDRM mengesahkan Tan Sri Musa Aman yang berada di luar negara dijangka akan pulang ke negara dalam masa terdekat.